Malaysia legislation
Section 3
of PERATURAN-PERATURAN PERTUBUHAN PELADANG (PINDAAN) (NO. 2) 2016
Seksyen 3
(1)
Walau apa pun perenggan 3(a) Peraturan-Peraturan Pertubuhan
Peladang (Pindaan) 2016 [P.U. (A) 17/2016], ahli Jemaah Pengarah yang dilantik oleh
Menteri di bawah perenggan 35(3)(c) Peraturan-Peraturan ibu pada 28 Januari 2016
sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Peraturan-Peraturan Pertubuhan Peladang
(Pindaan) 2016 hendaklah, apabila Peraturan-Peraturan ini mula berkuat kuasa, disifatkan telah dilantik dengan sewajarnya dan terus memegang jawatan sehingga tamat tempoh yang ditentukan oleh Menteri bagi pelantikan itu.
(2)
Apa-apa perbuatan yang dilakukan, tindakan yang diambil atau keputusan yang dibuat oleh ahli Jemaah Pengarah yang disebut dalam subperaturan (1)
hendaklah disifatkan sah dan boleh diteruskan dengan sewajarnya oleh ahli Jemaah
Pengarah.
3
Dibuat 8 Ogos 2016
DATO’ HAJI MOHD SALIM BIN HAJI TAHA
Lembaga Pertubuhan Peladang
Diluluskan 8 Ogos 2016
DATO’ SRI AHMAD SHABERY BIN CHEEK
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
4
FARMERS’ ORGANIZATION ACT 1973
FARMERS’ ORGANIZATION (AMENDMENT) (NO. 2) REGULATIONS 2016