Malaysia legislation

Section 10

of PERATURAN-PERATURAN PETROLEUM (CUKAI PENDAPATAN) (ELAUN PELABURAN) 2013

Seksyen 10

(1)

Jika seseorang yang boleh dikenakan cukai telah bagi maksud menjalankan operasi petroleumnya berkenaan dengan suatu projek yang layak yang dinyatakan di bawah perenggan 5(a) atau (b), mengikut mana-mana yang berkenaan, melakukan perbelanjaan modal yang layak berhubung dengan suatu aset, hendaklah diberi kepadanya elaun bagi operasi petroleum itu di bawah Jadual Kedua Akta.

(2)

Jika seseorang yang boleh dikenakan cukai melakukan perbelanjaan modal yang layak ke atas suatu aset yang digunakan untuk operasi petroleum berkenaan dengan suatu projek yang layak yang dinyatakan di bawah perenggan 5(a)

atau (b), mengikut mana-mana yang berkenaan, dan aset itu juga digunakan bagi projek yang bukan merupakan projek yang layak, maka elaun yang kena dibuat di bawah

Section 10 — PERATURAN-PERATURAN PETROLEUM (CUKAI PENDAPATAN) (ELAUN PELABURAN) 2013