Malaysia legislation

Section 7

of PERATURAN-PERATURAN PETROLEUM (CUKAI PENDAPATAN) (ELAUN PELABURAN) 2013

Seksyen 7

Pendapatan kasar

(1)

Dalam menentukan pendapatan kasar bagi seseorang yang boleh dikenakan cukai daripada operasi petroleumnya yang dijalankan berkenaan dengan suatu projek yang layak yang dinyatakan di bawah perenggan 5(a), pendapatan daripada projek yang layak itu hendaklah dianggap berasingan daripada pendapatan kasarnya berkenaan dengan projek yang bukan merupakan projek yang layak.

(2)

Jika seseorang yang boleh dikenakan cukai menjalankan operasi petroleumnya di dalam suatu kawasan berkenaan dengan suatu projek yang layak yang dinyatakan di bawah perenggan 5(b), pendapatan kasar daripada kawasan itu hendaklah dianggap sebagai satu pendapatan kasar.

Pendapatan larasan

Section 7 — PERATURAN-PERATURAN PETROLEUM (CUKAI PENDAPATAN) (ELAUN PELABURAN) 2013