Malaysia legislation
Section 12
of PERATURAN-PERATURAN PETROLEUM (CUKAI PENDAPATAN) (ELAUN PELABURAN) 2023
Seksyen 12
Elaun pelaburan
(1)
Tertakluk kepada peraturan ini, jika dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran seseorang yang boleh dikenakan cukai telah melakukan perbelanjaan modal yang layak berkenaan dengan suatu projek yang layak yang dinyatakan di bawah perenggan 5(a) atau (b), mengikut mana-mana yang berkenaan, bagi maksud menjalankan operasi petroleum, maka hendaklah diberikan kepada orang yang boleh dikenakan cukai itu bagi tahun taksiran itu suatu elaun pelaburan bersamaan enam puluh peratus perbelanjaan yang dilakukan itu dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran dalam tempoh sepuluh tahun
(selepas ini disebut sebagai
“tempoh yang layak”).
(2)
Elaun pelaburan yang disebut dalam subperaturan (1) hendaklah merupakan perbelanjaan modal yang layak yang dilakukan oleh orang yang boleh dikenakan cukai itu dalam tempoh sepuluh tahun sebagaimana yang ditentukan oleh
Menteri.
(3)
Permulaan tempoh yang layak bagi suatu projek yang layak hendaklah pada tarikh perbelanjaan modal yang layak dilakukan oleh orang yang boleh dikenakan cukai yang tidak boleh lebih awal dari 30 November 2010.
(4)
Jika seseorang yang boleh dikenakan cukai melakukan perbelanjaan modal yang layak dalam tempoh yang layak berkenaan dengan suatu projek yang layak yang dinyatakan di bawah perenggan 5(a) atau (b), mengikut mana-mana yang berkenaan, perbelanjaan itu hendaklah disifatkan telah dilakukan pada hari pertama jualan atau pelupusan petroleum yang boleh dikenakan cukai dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran oleh orang yang boleh dikenakan cukai itu.
P.U. (A) 264 7
(5)
Jika suatu elaun diberikan kepada seseorang yang boleh dikenakan cukai di bawah subperaturan (1) bagi suatu tahun taksiran, maka sekian banyak pendapatan berkanun bagi operasi petroleum orang yang boleh dikenakan cukai itu berkenaan dengan suatu projek yang layak yang dinyatakan di bawah perenggan 5(a) atau (b), mengikut mana-mana yang berkenaan, bagi tahun taksiran itu yang bersamaan dengan amaun elaun hendaklah dikecualikan daripada cukai dan amaun yang dikecualikan itu tidak boleh melebihi tujuh puluh peratus pendapatan berkanun projek yang layak itu bagi orang yang boleh dikenakan cukai bagi tahun taksiran itu dan tahun taksiran berikutnya, dan selanjutnya.
(6)
Jika, oleh sebab ketiadaan atau ketidakcukupan pendapatan berkanun bagi seseorang yang boleh dikenakan cukai daripada operasi petroleumnya berkenaan dengan suatu projek yang layak yang dinyatakan di bawah perenggan 5(a) atau (b), mengikut mana-mana yang berkenaan, bagi tempoh asas bagi suatu tahun taksiran, pelaksanaan tidak boleh dibuat sepenuhnya kepada mana-mana elaun yang orang yang boleh dikenakan cukai itu berhak di bawah peraturan ini bagi tahun taksiran itu berkenaan dengan projek yang layak itu, walau apa pun perenggan yang disebut di atas, maka sekian banyak elaun yang tidak dapat diberikan bagi tahun taksiran itu hendaklah disifatkan sebagai suatu elaun yang akan diberikan kepada orang yang boleh dikenakan cukai itu di bawah peraturan ini bagi tahun taksiran pertama berikutnya bagi tempoh asas yang terdapat pendapatan berkanun daripada projek yang layak itu, dan selanjutnya bagi tahun-tahun taksiran berikutnya sehingga orang yang boleh dikenakan cukai itu menerima keseluruhan elaun yang seseorang yang boleh dikenakan cukai itu berhak berkenaan dengan projek yang layak itu.
(7)
Dalam peraturan ini, “perbelanjaan modal yang layak berkenaan dengan suatu projek yang layak yang dinyatakan di bawah perenggan 5(a) atau (b)” ertinya perbelanjaan modal yang dilakukan oleh seseorang yang boleh dikenakan cukai ke atas penyediaan loji dan jentera termasuk penyediaan atau pembinaan platform luar pesisir yang tetap untuk penggerudian atau pengeluaran, atau pengekstrakan petroleum berkenaan dengan suatu projek yang layak yang dinyatakan di bawah perenggan 5(a) atau (b), mengikut mana-mana yang berkenaan.
P.U. (A) 264 8
Pendapatan boleh taksir