Malaysia legislation
Section 5
of PERATURAN-PERATURAN PETROLEUM (CUKAI PENDAPATAN) (ELAUN PELABURAN BAGI PETRONAS) 2021
Seksyen 5
P.U. (A) 336 3
Elaun pelaburan 5.
(1)
Elaun pelaburan yang disebut dalam Peraturan-Peraturan ini hendaklah bersamaan dengan enam puluh peratus perbelanjaan modal ke atas projek aset infrastruktur yang layak.
(2)
Perbelanjaan modal ke atas projek aset infrastruktur yang layak yang disebut dalam Peraturan-Peraturan ini ertinya suatu perbelanjaan modal yang dilakukan oleh PETRONAS pada 1 Januari 2014 dalam pemerolehan projek daripada Petronas Carigali Sdn Bhd sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri seperti yang berikut:
(a)
RM4,060,139,118.00 berhubung dengan projek Terminal Minyak dan Gas Sabah; dan
(b)
RM5,342,569,128.00 berhubung dengan projek Saluran Paip Gas
Sabah-Sarawak.
(3)
Elaun pelaburan yang disebut dalam Peraturan-Peraturan ini yang boleh dituntut bagi setiap tahun taksiran dalam tempoh yang layak hendaklah bersamaan dengan satu per sepuluh daripada elaun pelaburan itu.
Pelupusan