Malaysia legislation

Section 7

of PERATURAN-PERATURAN PETROLEUM (CUKAI PENDAPATAN) (ELAUN PELABURAN BAGI PETRONAS) 2021

Seksyen 7

(1)

Jika oleh sebab ketiadaan atau ketidakcukupan pendapatan berkanun

PETRONAS daripada operasi petroleumnya dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran dalam tempoh yang layak, kesan tidak boleh diberikan sepenuhnya kepada apa-apa elaun yang PETRONAS berhak di bawah Peraturan-Peraturan ini bagi tahun taksiran itu berkenaan dengan perbelanjaan modal ke atas projek aset infrastruktur yang layak, walau apa pun perenggan yang disebut di atas, maka sekian banyak amaun elaun yang tidak dapat diberikan bagi tahun taksiran itu hendaklah disifatkan sebagai amaun elaun yang akan diberikan kepada PETRONAS di bawah peraturan ini dalam tempoh asas bagi tahun taksiran pertama berikutnya dalam tempoh yang layak yang terdapat pendapatan berkanun daripada operasi petroleum itu, dan selanjutnya bagi tahun-tahun taksiran berikutnya dalam tempoh yang layak sahaja sehingga PETRONAS menerima keseluruhan elaun yang ia berhak berkenaan dengan perbelanjaan modal ke atas projek aset infrastruktur yang layak itu.

(2)

Apa-apa amaun elaun pelaburan yang tidak digunakan dalam tempoh yang layak hendaklah diabaikan bagi maksud Akta.

P.U. (A) 336 5

Dibuat 4 Ogos 2021

[Perb. CR(8.09)102/21-14(SJ.22); LHDN.AY.A.600-12/1/7(29)-131; PN(PU2)80/JLD. 102]

DATO’ SRI DR. SABIN @ SAPILIN BIN SAMITAH

Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri

P.U. (A) 336 6

PETROLEUM (INCOME TAX) ACT 1967

PETROLEUM (INCOME TAX) (INVESTMENT ALLOWANCE FOR PETRONAS)

REGULATIONS 2021

Section 7 — PERATURAN-PERATURAN PETROLEUM (CUKAI PENDAPATAN) (ELAUN PELABURAN BAGI PETRONAS) 2021