Malaysia legislation

Section 11

of PERATURAN-PERATURAN PETROLEUM (CUKAI PENDAPATAN) (MEDAN MARGINAL) 2013

Seksyen 11

Tertakluk kepada seksyen 22 Akta, pendapatan yang boleh dikenakan cukai bagi seseorang yang boleh dikenakan cukai daripada operasi petroleum di suatu medan marginal bagi suatu tahun taksiran (dalam peraturan ini disebut sebagai “tahun berkaitan”) hendaklah terdiri daripada jumlah pendapatan boleh taksirnya bagi tahun berkaitan daripada operasi petroleum itu di suatu medan marginal ditolak dengan suatu jumlah bersamaan dengan apa-apa hadiah berupa wang tunai atau kos sumbangan atau nilai sumbangan yang dibuat oleh orang yang boleh dikenakan cukai itu dalam suatu tempoh asas bagi tahun taksiran itu hendaklah ditentukan mengikut formula yang berikut:

A x

C

B iaitu

A ialah pendapatan kasar orang yang boleh dikenakan cukai itu daripada suatu medan marginal;

B ialah jumlah pendapatan kasar orang yang boleh dikenakan cukai itu daripada operasi petroleum; dan

C ialah hadiah berupa wang tunai atau kos sumbangan atau nilai sumbangan yang dibuat oleh orang yang boleh dikenakan cukai itu dalam tempoh asas bagi tahun taksiran itu.

P.U. (A) 121 6

Section 11 — PERATURAN-PERATURAN PETROLEUM (CUKAI PENDAPATAN) (MEDAN MARGINAL) 2013