Malaysia legislation
Section 5
of PERATURAN-PERATURAN PETROLEUM (CUKAI PENDAPATAN) (MEDAN MARGINAL) 2013
Seksyen 5
Pendapatan kasar
(1)
Dalam menentukan pendapatan kasar bagi seseorang yang boleh dikenakan cukai daripada operasi petroleumnya yang dijalankan di bawah suatu perjanjian petroleum, pendapatan daripada operasi petroleum di suatu medan marginal bagi orang yang boleh dikenakan cukai itu hendaklah dianggap berasingan daripada operasi petroleumnya yang lain.
(2)
Jika orang yang boleh dikenakan cukai itu menjalankan operasi petroleum di dua atau lebih medan marginal di bawah suatu perjanjian petroleum, pendapatan daripada semua medan marginal itu hendaklah diambil kira sebagai jumlah pendapatan kasar orang yang boleh dikenakan cukai itu daripada semua medan itu.
Pendapatan larasan