Malaysia legislation
Section 9
of PERATURAN-PERATURAN PETROLEUM (CUKAI PENDAPATAN) (MEDAN MARGINAL PETRONAS) 2014
Seksyen 9
Pendapatan boleh taksir
(1)
Pendapatan boleh taksir PETRONAS daripada operasi petroleum di dalam suatu medan marginal PETRONAS bagi suatu tahun taksiran, yang disebut dalam
Peraturan-Peraturan ini sebagai “tahun taksiran yang berkenaan”, hendaklah terdiri daripada amaun pendapatan berkanunnya bagi tahun taksiran yang berkenaan daripada operasi petroleum itu di dalam suatu medan marginal PETRONAS itu ditolak dengan amaun apa-apa kerugian larasan daripada operasi petroleum itu bagi tempoh asas bagi suatu tahun taksiran sebelum tahun taksiran yang berkenaan yang belum dipotong daripada pendapatan berkanunnya daripada operasi petroleum itu bagi tahun taksiran sebelum tahun taksiran yang berkenaan itu.
(2)
Suatu potongan bagi apa-apa kerugian larasan di bawah subperaturan (1)
hendaklah dibuat sedapat mungkin daripada pendapatan berkanun PETRONAS daripada operasi petroleumnya di dalam suatu medan marginal PETRONAS bagi tahun taksiran pertama selepas tempoh asas yang kerugian itu adalah kerugian larasan, dan, sekiranya ia tidak dapat dibuat, maka potongan itu hendaklah dibuat daripada pendapatan berkanun daripada operasi petroleum itu bagi tahun taksiran berikutnya.
P.U. (A) 317 5
(3)
Pendapatan boleh taksir yang ditentukan di bawah subperaturan (1)
hendaklah dikira sebagai sebahagian daripada pendapatan yang boleh dikenakan cukai
PETRONAS bagi suatu tahun taksiran bagi maksud seksyen 22 Akta.
Pendapatan yang boleh dikenakan cukai