Malaysia legislation
Section 11
Seksyen 11
(1)
Pembangkang boleh, dalam tempoh dua bulan dari tarikh penerimaan keterangan bagi menyokong permohonan bagi pendaftaran petunjuk geografi di bawah peraturan 10, memfailkan keterangan balas itu melalui akuan berkanun dengan
Pendaftar.
(2)
Pembangkang hendaklah, pada masa yang sama dengan pemfailan keterangan balas itu, menyampaikan suatu salinan keterangan balas itu kepada pemohon.
(3)
Keterangan balas itu yang difailkan di bawah peraturan ini hendaklah dihadkan kepada perkara yang semata-mata membalas keterangan yang menyokong permohonan bagi pendaftaran petunjuk geografi.
11
Keterangan lanjut