Malaysia legislation
Section 15
Seksyen 15
Suatu perakuan pendaftaran petunjuk geografi yang dikeluarkan oleh Pendaftar di bawah subseksyen 17(3) Akta hendaklah mengandungi—
(a)
petunjuk geografi yang telah didaftarkan;
(b)
persempadanan kawasan geografi yang kepadanya petunjuk geografi itu terpakai;
(c)
nama dan alamat orang sebenar atau entiti undang-undang yang atas namanya petunjuk itu didaftarkan;
(d)
nama dan alamat penyampaian ejen, jika ada;
12
(e)
barang yang berkenaan dengannya petunjuk geografi itu didaftarkan;
(f)
kualiti, reputasi atau ciri-ciri lain barang yang baginya petunjuk geografi itu digunakan dan apa-apa syarat yang di bawahnya petunjuk itu boleh digunakan;
(g)
tarikh pemfailan permohonan bagi pendaftaran, nombor permohonan serta tarikh pendaftaran; dan
(h)
syarat yang praktik bagi pendaftaran petunjuk geografi homonim, jika berkenaan.