Malaysia legislation

Section 19

of PERATURAN-PERATURAN PETUNJUK GEOGRAFI 2022

Seksyen 19

Apa-apa pendaftaran petunjuk geografi yang telah disifatkan sebagai dikeluarkan di bawah subseksyen 19(4) Akta hendaklah disiarkan dalam Jurnal.

16

Butir-butir tambahan dihendaki bagi kemasukan semula pendaftaran petunjuk geografi yang dikeluarkan 20.

(1)

Bagi maksud memasukkan semula petunjuk geografi yang telah dikeluarkan di bawah subseksyen 19(4) Akta, jika petunjuk geografi itu didaftarkan berdasarkan suatu petunjuk geografi yang dilindungi di negara atau wilayah asalnya, tuan punya berdaftar itu hendaklah memfailkan suatu permohonan bagi kemasukan semula pendaftaran petunjuk geografi yang dikeluarkan di bawah subseksyen 19(5) Akta bersama dengan suatu salinan perakuan atau apa-apa dokumen yang diterima oleh

Pendaftar untuk membuktikan bahawa perlindungan itu wujud di negara atau wilayah asalnya.

(2)

Jika semasa memfailkan suatu permohonan bagi kemasukan semula pendaftaran petunjuk geografi yang dikeluarkan bersama dengan pembayaran fi, tuan punya berdaftar gagal untuk memberikan kepada Pendaftar dokumen yang dikehendaki di bawah subperaturan (1), Pendaftar hendaklah mengeluarkan suatu notis bertulis kepada tuan punya berdaftar untuk memberikan dokumen itu dalam tempoh masa sebagaimana yang dinyatakan dalam notis bertulis itu.

(3)

Tiada pelanjutan tempoh masa boleh dibenarkan oleh Pendaftar di bawah peraturan ini.

Section 19 — PERATURAN-PERATURAN PETUNJUK GEOGRAFI 2022