Malaysia legislation

Section 22

of PERATURAN-PERATURAN PETUNJUK GEOGRAFI 2022

Seksyen 22

(1)

Tuan punya berdaftar yang membuat suatu permintaan kepada Pendaftar bagi pembatalan sukarela suatu petunjuk geografi berdaftar berkenaan dengan apa-apa barang di bawah subseksyen 22(1) Akta hendaklah—

(a)

menyatakan nama dan alamat mana-mana orang yang menuntut suatu hak atau kepentingan berkenaan dengan petunjuk geografi itu; dan

(b)

mengisytiharkan bahawa dia telah menghantar suatu notis tidak kurang daripada dua bulan kepada orang yang disebut dalam bawah perenggan (a) mengenai hasratnya untuk membatalkan pendaftaran petunjuk geografi itu, dan tidak memberi kesan, atau jika memberi kesan, bersetuju dengan pembatalan itu.

(2)

Bagi maksud subperaturan (1), Pendaftar boleh, melalui suatu notis bertulis menghendaki apa-apa dokumen atau maklumat sokongan lanjut dan tuan punya berdaftar itu hendaklah memfailkan dokumen atau maklumat tambahan itu dalam tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam notis bertulis itu.

18

(3)

Apa-apa pembatalan pendaftaran petunjuk geografi yang berkuat kuasa menurut subseksyen 22(3) Akta hendaklah disiarkan dalam Jurnal.

Section 22 — PERATURAN-PERATURAN PETUNJUK GEOGRAFI 2022