Malaysia legislation
Section 28
Seksyen 28
(1)
Mana-mana orang yang membuat suatu permohonan bagi pendaftaran ejen di bawah seksyen 31 Akta hendaklah memenuhi kehendak yang berikut:
(a)
orang itu ialah sama ada seorang warganegara, berdomisil dalam, atau pemastautin tetap, Malaysia;
(b)
orang itu akan beramal sebagai seorang ejen dalam perniagaan yang didaftarkan di Malaysia;
21
(c)
orang itu bukan seorang bankrap yang belum dilepaskan;
(d)
orang itu tidak disabitkan dengan suatu kesalahan yang melibatkan fraud atau kecurangan di bawah mana-mana undang-undang bertulis, atau apa-apa kesalahan lain di bawah Akta;
(e)
orang itu telah menghadiri semua kursus sebagaimana yang dikehendaki oleh Pendaftar; dan
(f)
orang itu telah lulus peperiksaan yang dijalankan oleh Pendaftar
Cap Dagangan di bawah perenggan 110(2)(f) Peraturan-Peraturan
Cap Dagangan 2019 [P.U. (A) 373/2019].
(2)
Sebagai tambahan kepada kehendak di bawah subperaturan (1), orang yang membuat permohonan bagi pendaftaran ejen hendaklah memuaskan hati
Pendaftar bahawa—
(a)
orang itu dicatatkan dalam Daftar Ejen Paten yang disenggara menurut peraturan-peraturan yang dibuat di bawah
Akta Paten 1983 [Akta 291];
(b)
orang itu dicatatkan dalam Daftar Ejen Cap Dagangan yang disenggara menurut peraturan-peraturan yang dibuat di bawah
Akta Cap Dagangan 2019 [Akta 815];
(c)
orang itu ialah seorang peguam bela dan peguam cara
Mahkamah
Tinggi
Malaya atau seorang peguam bela
Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak yang beramal secara aktif semata-mata di Malaysia;
(d)
orang itu memegang ijazah yang diiktiraf dalam apa-apa bidang pengajian dan mempunyai sekurang-kurangnya dua tahun pengalaman dalam bidang harta industri; atau 22
(e)
orang itu mempunyai sekurang-kurangnya tiga tahun pengalaman dalam bidang harta industri oleh sebab dia ialah seorang bekas pegawai Perbadanan.
(3)
Bagi maksud perenggan (2)(c) dan (d), orang itu hendaklah mengemukakan bukti yang dikehendaki pada masa pemfailan permohonan di bawah subperaturan (1).
(4)
Dalam meluluskan permohonan di bawah subperaturan (1), Pendaftar boleh menghendaki bukti lanjut perkara sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan (2)(c) dan (d) melalui pengeluaran suatu notis bertulis dan orang itu hendaklah memberikan maklum balas dalam tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam notis bertulis itu.
(5)
Jika orang itu gagal untuk memberikan maklum balas kepada notis bertulis di bawah subperaturan (4), permohonan di bawah subperaturan (1) hendaklah disifatkan sebagai ditarik balik.
(6)
Tiada pelanjutan masa boleh dibenarkan oleh Pendaftar untuk melanjutkan tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam notis bertulis di bawah subperaturan (4).
(7)
Walau apa pun kehendak untuk lulus peperiksaan di bawah perenggan (1)(f), Pendaftar boleh mengenepikan kehendak itu jika orang itu telah lulus peperiksaan bagi ejen paten di bawah peraturan 45D Peraturan-Peraturan Paten 1986
[P.U. (A) 327/1986].
(8)
Setelah berpuas hati bahawa orang itu layak untuk didaftarkan sebagai ejen, Pendaftar hendaklah mendaftarkan nama orang itu dalam Daftar Ejen Petunjuk
Geografi bagi suatu tempoh yang akan habis pada 31 Disember tahun itu.
23
(9)
Jika orang itu gagal untuk memenuhi kehendak di bawah peraturan ini,
Pendaftar hendaklah—
(a)
menolak untuk mendaftarkan orang itu sebagai ejen; dan
(b)
mengeluarkan suatu notis bertulis kepada orang itu tentang penolakan itu.
Perkongsian dan pertubuhan perbadanan boleh didaftarkan sebagai ejen