Malaysia legislation
Section 34
Seksyen 34
(1)
Bagi maksud subseksyen 42(3)
Akta, mana-mana orang yang berkepentingan hendaklah memfailkan suatu permintaan, bersama dengan pembayaran fi, dengan Pendaftar bagi penentusahan Pendaftar.
(2)
Permintaan bagi suatu penentusahan Pendaftar di bawah subperaturan (1)
hendaklah disokong oleh akuan berkanun yang mengandungi—
(a)
keterangan penggunaan petunjuk geografi itu yang tidak sama dengan petunjuk geografi berdaftar pada barang itu; dan
(b)
pernyataan yang memperihalkan bahawa barang itu tidak mengikut kualiti, reputasi atau ciri-ciri sebagaimana yang dinyatakan dalam
Daftar.
(3)
Pendaftar hendaklah, apabila menerima permintaan bagi penentusahan
Pendaftar, memeriksa perakuan berkanun itu dan mengeluarkan penentusahan
Pendaftar yang mengisytiharkan bahawa—
(a)
apa-apa petunjuk yang secara langsung atau tidak langsung merujuk kepada petunjuk geografi itu telah dipakaikan pada barang itu atau selainnya; atau
(b)
barang itu tidak mengikut kualiti, reputasi atau ciri-ciri sebagaimana yang dinyatakan dalam Daftar atau selainnya.
27
(4)
Pendaftar boleh, dalam memeriksa perakuan berdaftar bagi penentusahan
Pendaftar itu, meminta keterangan lanjut daripada orang yang berkepentingan sebagaimana yang difikirkan patut oleh Pendaftar dalam tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam notis bertulis.
(5)
Orang yang berkepentingan boleh memohon bagi suatu pelanjutan masa untuk melanjutkan tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam notis bertulis di bawah subperaturan (4) bagi tempoh yang tidak melebihi satu bulan.
(6)
Apabila penentusahan Pendaftar dikeluarkan, orang yang berkepentingan itu hendaklah mengemukakan penentusahan Pendaftar itu kepada Penolong Pengawal.
(7)
Penentusahan Pendaftar yang dikeluarkan di bawah peraturan ini hendaklah hanya digunakan bagi maksud seksyen 42 Akta.
(8)
Penentusahan Pendaftar yang dikeluarkan di bawah peraturan ini hendaklah sah bagi tempoh satu tahun dari tarikh pengeluarannya.