Malaysia legislation
Section 37
Seksyen 37
Kecualian dan peralihan
(1)
Apa-apa permohonan bagi pendaftaran suatu petunjuk geografi yang dibuat di bawah Peraturan-Peraturan yang dibatalkan yang belum selesai pada tarikh permulaan kuat kuasa Peraturan-Peraturan ini hendaklah, pada tarikh permulaan
28
kuat kuasa Peraturan-Peraturan ini, diuruskan di bawah Peraturan-Peraturan yang dibatalkan, dan jika didaftarkan, petunjuk geografi itu hendaklah dikira bagi maksud Peraturan-Peraturan ini sebagai suatu petunjuk geografi berdaftar.
(2)
Apa-apa perkara yang dikehendaki untuk diiklankan di bawah peruntukan
Peraturan-Peraturan yang dibatalkan yang belum selesai penyiaran dalam Warta sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Peraturan-Peraturan ini hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Peraturan-Peraturan ini, disiarkan dalam Jurnal dan perkara itu hendaklah disifatkan telah diiklankan di bawah Peraturan-Peraturan yang dibatalkan.