Malaysia legislation
Section 6
Seksyen 6
Pindaan permohonan bagi pendaftaran petunjuk geografi
(1)
Apa-apa pindaan menurut subseksyen 15(1) Akta hendaklah hanya dibuat bagi perkara yang berikut:
(a)
representasi petunjuk geografi;
(b)
perihalan barang; dan 8
(c)
spesifikasi permohonan bagi pendaftaran petunjuk geografi.
(2)
Jika pindaan dibuat bagi suatu permohonan bagi pendaftaran petunjuk geografi yang telah disiarkan dalam Jurnal, pindaan itu hendaklah juga disiarkan dalam
Jurnal.
(3)
Mana-mana orang yang berkepentingan yang berhasrat untuk menentang pindaan yang disiarkan di bawah subperaturan (2) hendaklah, dalam tempoh dua bulan selepas tarikh penyiaran pindaan itu, memfailkan dengan Pendaftar suatu notis bangkangan kepada pindaan itu bersama dengan suatu pernyataan alasan bangkangan.
(4)
Bagi maksud subperaturan (3), pernyataan alasan bangkangan itu ialah—
(a)
jika pindaan itu dibuat kepada representasi petunjuk geografi atau barang yang termasuk dalam permohonan, apa-apa alasan di bawah seksyen 10 Akta; atau
(b)
jika pindaan itu dibuat kepada spesifikasi permohonan bagi pendaftaran petunjuk geografi dan menyentuh hak mana-mana orang yang berkepentingan, apa-apa alasan bahawa pindaan itu menyentuh hak orang yang berkepentingan itu; dan
(c)
pindaan yang dibuat itu tidak mematuhi subseksyen 15(2) Akta.
(5)
Peraturan 7 hingga 14 hendaklah terpakai bagi suatu notis bangkangan seperti yang berikut:
(a)
sebutan kepada permohonan bagi pendaftaran petunjuk geografi dalam peraturan 7 dan 10 hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan kepada permohonan bagi pindaan yang disebut dalam subperaturan (1);
9
(b)
sebutan kepada pembangkang dalam peraturan 8 dan 9, subperaturan 10(2), 11(1) dan (2), dan peraturan 12, 13 dan 14
hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan kepada orang yang berkepentingan yang disebut dalam subperaturan (3);
(c)
sebutan kepada tarikh penyiaran penyetujuterimaan permohonan bagi pendaftaran petunjuk geografi dalam peraturan 7 hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan kepada tarikh penyiaran pindaan yang disebut dalam subperaturan (3); dan
(d)
sebutan kepada notis bangkangan dalam peraturan 7 dan 8
hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan kepada notis bangkangan yang disebut dalam subperaturan (3).