Malaysia legislation

Section 2

of PERATURAN-PERATURAN PILIHAN RAYA (PENGUNDIAN POS) (PINDAAN) 2013

Seksyen 2

Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003 [P.U. (A) 185/2003], yang disebut “Peraturan-Peraturan ibu” dalam Peraturan-Peraturan ini, dipinda dalam peraturan 3

(a)

dalam subperaturan (2), dengan menggantikan perkataan “dengan menggunakan Borang 1 dalam Jadual” dengan perkataan “mengikut cara yang ditentukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya”; dan

(b)

dengan menggantikan subperaturan (3) dan (4) dengan subperaturan yang berikut:

“(3)

Permohonan itu hendaklah dibuat kepada Suruhanjaya

Pilihan Raya dan masa untuk membuat permohonan itu akan ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya melalui pemberitahuan dalam Warta.

(4)

Jika sesuatu permohonan diluluskan, Suruhanjaya Pilihan

Raya hendaklah memberitahu pemohon sedemikian mengikut cara

P.U. (A) 10 3

yang ditentukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya dan hendaklah mengeluarkan suatu kertas undi pos kepada pemohon.”; dan

(c)

dengan memasukkan selepas superaturan (4) subperaturan yang berikut:

“(5) Jika sesuatu permohonan tidak diluluskan, Suruhanjaya

Pilihan Raya hendaklah memberitahu pemohon sedemikian mengikut cara yang ditentukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya dan hendaklah menyatakan alasannya untuk tidak meluluskan permohonan itu.”.

Pindaan peraturan 7

Section 2 — PERATURAN-PERATURAN PILIHAN RAYA (PENGUNDIAN POS) (PINDAAN) 2013