Malaysia legislation
Section 3
of PERATURAN-PERATURAN PILIHAN RAYA (PENJALANAN PILIHAN RAYA) (PINDAAN) 2012
Seksyen 3
Pindaan peraturan 19
Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan menggantikan peraturan 19 dengan peraturan yang berikut:
“Cara mengundi 19.
(1)
Setiap pengundi hendaklah diberikan satu kertas undi dan adalah berhak kepada satu undi.
3
(2)
Apabila setiap pengundi meminta kertas undi, nombor dan nama pengundi sebagaimana yang dinyatakan dalam daftar pemilih hendaklah diteriakkan.
(3)
Jika didapati bahawa tiada tanda dibuat mengikut subperaturan (5) pada nombor dan nama pengundi itu dalam daftar pemilih yang menunjukkan bahawa suatu kertas undi telah dikeluarkan kepadanya, ketua tempat mengundi atau mana-mana orang yang bertindak di bawah kuasanya, hendaklah sebelum mengeluarkan suatu kertas undi kepada pengundi itu, menghendaki pengundi itu menunjukkan jari telunjuk kirinya supaya dapat dipastikan bahawa tiada dakwat kekal telah ditandakan pada jari telunjuk kiri pengundi itu.
(4)
Setelah ketua tempat mengundi atau mana-mana orang yang bertindak di bawah kuasanya berpuas hati bahawa―
(a)
tiada tanda dibuat pada nombor dan nama pengundi itu dalam daftar pemilih mengikut subperaturan (5); dan
(b)
tiada dakwat kekal telah ditandakan pada jari telunjuk kiri pengundi, ketua tempat mengundi atau mana-mana orang yang bertindak di bawah kuasanya hendaklah membuat suatu tanda pada jari telunjuk kiri pengundi itu dengan menggunakan dakwat kekal dan seterusnya ketua tempat mengundi hendaklah mengeluarkan kertas undi kepada pengundi itu.
(5)
Sebelum kertas undi dikeluarkan kepada pengundi, suatu tanda, tanpa menunjukkan dengan apa-apa cara kertas undi tertentu yang hendak dikeluarkan kepadanya, hendaklah dibuat dalam daftar pemilih bersetentangan
4
dengan nombor dan nama pengundi itu untuk menunjukkan bahawa suatu kertas undi telah dikeluarkan kepadanya.
(6)
Kertas undi itu hendaklah ditindikkan atau dicap dengan tanda rasmi atau ditandatangani secara ringkas oleh ketua tempat mengundi di sebelah tepi kertas undi itu dan kertas undi itu hendaklah kemudiannya dikeluarkan kepada pengundi itu oleh ketua tempat mengundi atau mana-mana orang yang bertindak di bawah kuasanya.
(7)
Apabila menerima kertas undi, pengundi itu hendaklah dengan serta-merta pergi ke suatu tempat dalam tempat mengundi itu sebagaimana yang ditunjukkan oleh ketua tempat mengundi itu atau mana-mana orang yang bertindak di bawah kuasanya dan di situ dia hendaklah secara rahsia menandakan kertas undi itu mengikut arahan yang diberikan bagi panduan pengundi yang disebut dalam subperaturan 13(2).
(8)
Pengundi itu hendaklah kemudiannya melipat kertas undi itu untuk merahsiakan tandanya dan hendaklah memasukkan kertas undi itu ke dalam peti undi dan tanpa kelengahan tidak wajar hendaklah kemudiannya dengan serta-merta meninggalkan kawasan tempat mengundi itu.
(9)
Ketua tempat mengundi atau mana-mana orang yang bertindak di bawah kuasanya boleh bertanya kepada mana-mana pengundi sama ada pengundi itu faham cara mengundi dan jika difikirkannya patut, atas permintaan mana-mana pengundi, boleh menerangkan cara mengundi kepada pengundi itu dalam pendengaran mana-mana ejen tempat mengundi yang hadir di tempat mengundi itu; pada berbuat demikian dia hendaklah berhati-hati supaya tidak membuat apa-apa jua yang boleh ditafsirkan sebagai nasihat atau arahan untuk mengundi mana-mana calon tertentu.
5
(10)
Atas permintaan seseorang pengundi yang tidak berdaya oleh sebab buta atau kecacatan fizikal lain untuk mengundi mengikut cara yang ditetapkan oleh Peraturan-Peraturan ini, mana-mana orang yang dipercayai dan dinamakan oleh pengundi, yang hendaklah merupakan seorang warganegara yang berumur dua puluh satu tahun atau lebih, atau jika orang yang sedemikian tidak dinamakan, ketua tempat mengundi, hendaklah menandakan kertas undi pengundi itu mengikut cara yang disuruh oleh pengundi itu dan hendaklah menyebabkan kertas undi itu dimasukkan ke dalam peti undi.
(11)
Mana-mana orang yang dinamakan di bawah subperaturan (10)
hendaklah membuat suatu akuan mengenai identitinya dan penamaannya dalam
Borang 10 dalam Jadual Pertama dan tiap-tiap akuan itu hendaklah dikecualikan daripada duti setem.
(12)
Ketua tempat mengundi boleh, pada bila-bila masa semasa pengundian sedang berjalan, mengambil apa-apa langkah yang perlu untuk memastikan bahawa tiada pengundi berlengah-lengah secara tidak wajar di mana-mana tempat yang dikhaskan bagi penandaan kertas undi.
(13)
Rujukan mengenai jari telunjuk kiri pengundi dalam peraturan ini dan peraturan 19A hendaklah ditafsirkan―
(a)
dalam hal jika jari telunjuk kiri pengundi tiada atau jari telunjuk kirinya itu tidak dapat ditandakan atas apa-apa jua sebab, sebagai rujukan mengenai mana-mana jari kirinya yang lain;
(b)
dalam hal jika kesemua jari kiri pengundi tiada atau kesemua jari kirinya itu tidak dapat ditandakan atas apa-apa jua sebab, sebagai rujukan mengenai jari telunjuk kanannya atau mana-mana jari kanannya yang lain; dan 6
(c)
dalam hal jika kesemua jari kiri dan kanan pengundi tiada, sebagai rujukan mengenai bahagian hujung tangan kiri atau kanan.”.
Peraturan 19A baru