Malaysia legislation

Section 13

of PERATURAN-PERATURAN PILIHAN RAYA (PENJALANAN PILIHAN RAYA) (PINDAAN) (NO.2) 2012

Seksyen 13

Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan memasukkan selepas peraturan 27 tajuk dan peraturan yang berikut:

“PENGUNDIAN AWAL

Orang yang dikehendaki mengundi sebagai pengundi awal 27A.

(1)

Mana-mana orang yang telah mendaftarkan diri sebagai seorang pemilih Parlimen atau Negeri di bawah Peraturan-Peraturan

Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 dan ialah

(a)

seorang yang disebut dalam perenggan (a) dalam takrif “pengundi tidak hadir” dalam peraturan 2

Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran

Pemilih) 2002;

(b)

seorang yang disebut dalam perenggan (b) dalam takrif “pengundi tidak hadir” dalam peraturan 2

Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran

Pemilih) 2002;

(c)

seorang anggota mana-mana pasukan polis yang ditubuhkan oleh mana-mana undang-undang

P.U. (A) 113 9

bertulis yang berkuat kuasa di Malaysia, selain anggota Pasukan Polis Sukarelawan Simpanan; atau

(d)

isteri atau suami kepada seorang pegawai polis yang berkhidmat dengan Pasukan Gerakan Am, hendaklah mengundi sebagai pengundi awal pada sesuatu pilihan raya mengikut tatacara pengundian yang diperuntukkan dalam Peraturan-Peraturan ini.

(2)

Orang yang disebut dalam perenggan (1)(a) dan (c) yang tidak boleh mengundi pada hari mengundi awal boleh memohon untuk mengundi sebagai pengundi pos mengikut Peraturan-Peraturan Pilihan

Raya (Pengundian Pos) 2003.

(3)

Orang yang disebut dalam perenggan (1)(a) dan (c) yang telah diluluskan permohonannya untuk mengundi sebagai pengundi pos mengikut Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003 tidak berhak untuk mengundi pada hari mengundi awal.

Jagaan selamat peti undi 27B.

Peti undi yang mengandungi kertas undi awal setelah selesai urusan pengundian awal hendaklah disimpan dalam jagaan selamat pegawai pengurus bahagian pilihan raya yang dalamnya pilihan raya itu dipertandingkan atau mengikut apa-apa perkiraan yang diluluskan oleh

Suruhanjaya Pilihan Raya sehinggalah pengiraan undi pengundi awal pada hari mengundi.

Pengiraan undi pengundi awal 27C.

Semua peruntukan berhubung dengan pengiraan undi dalam

Peraturan-Peraturan ini kecuali peraturan 25C hendaklah terpakai bagi pengiraan undi pengundi awal.”.

P.U. (A) 113 10

Pindaan Jadual Pertama

Section 13 — PERATURAN-PERATURAN PILIHAN RAYA (PENJALANAN PILIHAN RAYA) (PINDAAN) (NO.2) 2012