Malaysia legislation
Section 3
of PERATURAN-PERATURAN PILIHAN RAYA (PENJALANAN PILIHAN RAYA) (PINDAAN) (NO.2) 2012
Seksyen 3
Pindaan peraturan 3
(a)
dalam subperaturan (1), dengan menggantikan perkataan “tujuh”
dengan perkataan “sebelas”;
(b)
dengan memasukkan selepas subperaturan (1) subperaturan yang berikut:
“(1A) Bagi maksud pengundian awal, tarikh atau tarikh-tarikh yang pengundian awal akan dijalankan sekiranya pilihan raya itu dipertandingkan (yang disebut dalam
Peraturan-Peraturan ini sebagai “hari mengundi awal”)
hendaklah ditetapkan tidak kurang daripada tujuh hari selepas hari penamaan dan tidak kurang daripada tiga hari dari tarikh atau tarikh-tarikh hari mengundi yang disebut dalam subperaturan (1) dan tarikh atau tarikh-tarikh pengundian awal itu hendaklah dinyatakan dalam notis yang disebut dalam subperaturan (1).”;
(c)
dalam subperaturan (4), dengan menggantikan perkataan “dan suatu hari mengundi yang baru” dengan perkataan “, suatu hari mengundi awal yang baru dan hari mengundi yang baru, mengikut mana-mana yang berkenaan”; dan
(d)
dengan memasukkan selepas subperaturan 5 subperaturan yang berikut:
“(6)
Bagi maksud subperaturan (5), “tarikh baru bagi pengundian” ertinya hari mengundi awal yang baru atau hari mengundi yang baru, mengikut mana-mana yang berkenaan.”.
P.U. (A) 113 4
Pindaan peraturan 4