Malaysia legislation
Section 8
of PERATURAN-PERATURAN PILIHAN RAYA (PENJALANAN PILIHAN RAYA) (PINDAAN) (NO.2) 2012
Seksyen 8
Pindaan peraturan 7
(a)
dengan menggantikan nota bahu dengan nota bahu yang berikut:
“ Penolakan kertas penamaan ”;
(b)
dengan menggantikan subperaturan (1) dengan subperaturan yang berikut:
“(1)
Pegawai pengurus hendaklah menolak kertas penamaan oleh mana-mana calon bagi mana-mana bahagian pilihan raya atas semua atau mana-mana daripada alasan yang berikut:
(a)
bahawa kertas penamaan itu tidak mematuhi atau telah tidak diserahkan mengikut Peraturan-Peraturan ini;
P.U. (A) 113 6
(b)
bahawa ternyata daripada kandungan kertas penamaan itu, calon itu tidak boleh dipilih menjadi ahli
Dewan
Rakyat atau
Dewan
Undangan Negeri; atau
(c)
bahawa calon itu hilang kelayakan untuk menjadi seorang ahli di bawah Perlembagaan Persekutuan dalam hal pilihan raya bagi Dewan Rakyat atau di bawah Perlembagaan Negeri yang berkenaan dalam hal pilihan raya bagi Dewan Undangan
Negeri.”;
(c)
dengan memotong subperaturan (2) dan (3); dan
(d)
dengan menggantikan subperaturan (4) dengan subperaturan yang berikut:
“(4)
Keputusan dan alasan berhubung dengan mana-mana kertas penamaan yang ditolak di bawah subperaturan (1)
hendaklah dimaklumkan oleh pegawai pengurus kepada calon yang berkenaan atau pencadang atau penyokongnya yang dinamakan dalam kertas penamaan. Keputusan dan alasan keputusan itu hendaklah disimpan dalam rekod.”.
Pindaan peraturan 8