Malaysia legislation
Section 4
of PERATURAN-PERATURAN PUSAT JAGAAN (PENGKOMPAUNAN KESALAHAN) 2011
Seksyen 4
(1)
Bagi maksud subperaturan 3(1),
Ketua
Pengarah hendaklah menyampaikan Notis Tawaran untuk Mengkompaun Kesalahan sebagaimana yang dinyatakan dalam Borang 1 Jadual kepada orang yang disyaki secara munasabah telah melakukan kesalahan itu melalui cara yang berikut:
(a)
serahan sendiri;
P.U. (A) 253 4
(b)
Resit Akuterima (A.R.) Pos Berdaftar kepada alamat terakhir yang diketahui; atau
(c)
dengan menampal Notis itu di pusat jagaan yang mudah untuk dilihat.
(2)
Jika Ketua Pengarah berpendapat bahawa adalah tidak praktikal untuk melaksanakan penyampaian Notis itu melalui cara yang dinyatakan dalam subperaturan (1), Ketua Pengarah boleh menyampaikan Notis itu melalui apa-apa cara yang difikirkan patut.
(3)
Penyampaian Notis di bawah perenggan 1(b) dan (c) dan subperaturan
(2)
ini hendaklah disifatkan sebagai serahan ke atas orang itu.
Pembayaran kompaun