Malaysia legislation
Section 13
of PERATURAN-PERATURAN REKA BENTUK PERINDUSTRIAN (PINDAAN) 2012
Seksyen 13
Peraturan-peraturan ibu dipinda dengan memasukkan selepas peraturan 42
peraturan yang berikut:
“Pemfailan elektronik dokumen dan benda 42A.
(1)
Pendaftar boleh menyediakan perkhidmatan bagi pemfailan elektronik suatu dokumen atau benda yang dikehendaki atau diberi kuasa oleh
Akta atau Peraturan-peraturan ini untuk difailkan dengan Pendaftar.
(2)
Seseorang yang ingin menggunakan perkhidmatan yang disediakan di bawah subperaturan (1) hendaklah mematuhi terma-terma dan syarat-syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar, sama ada secara umumnya melalui notis yang disiarkan di laman sesawang rasmi atau, dalam mana-mana keadaan
P.U. (A) 37 7
tertentu, melalui notis, termasuk secara elektronik, kepada orang yang ingin menggunakan perkhidmatan tersebut.
(3)
Dokumen atau benda yang difailkan secara elektronik di bawah peraturan ini hendaklah disifatkan telah terlaksana pada masa dokumen atau benda itu diterima oleh sistem pemfailan elektronik tersebut.
(4)
Apabila mana-mana dokumen atau benda iringan tidak boleh difailkan secara elektronik, dokumen atau benda iringan itu boleh dihantar atau diserahkan kepada Pendaftar dengan cara yang ditentukan dalam peraturan 42, tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat seperti yang ditentukan oleh
Pendaftar.
“Terma-terma dan syarat-syarat pemfailan elektronik 42B.
(1)
Tanpa menghadkan keluasan subperaturan 42A(2), terma-terma dan syarat-syarat bagi pemfailan elektronik hendaklah termasuk yang berikut:
(a)
tatacara untuk dipatuhi bagi pemfailan elektronik dokumen dan benda;
(b)
format atau media yang dalamnya dokumen atau benda direkodkan atau disimpan bagi tujuan pemfailan elektronik;
(c)
cara pengesahan dokumen atau benda yang perlu dicap, ditandatangani, dimeterai atau diperakui, termasuk keperluan bagi tandatangan digital orang yang menfailkan dokumen atau benda; dan
(d)
tindakan yang perlu diambil jika terdapat gangguan dalam proses melaksanakan pemfailan elektronik.
P.U. (A) 37 8
(2)
Walau apa pun peraturan 42A, Pendaftar boleh enggan untuk menerima atau mendaftarkan apa-apa dokumen atau benda yang difailkan secara elektronik jika—
(a)
maklumat yang terkandung dalam dokumen atau benda itu tidak dapat ditayangkan dalam bentuk yang mudah dibaca;
(b)
rekod elektronik dokumen atau benda itu tidak mampu disimpan dalam sistem pemfailan elektronik itu;
(c)
rekod elektronik dokumen atau benda itu didapati oleh Pendaftar telah diubah, dirosakkan, tidak lengkap atau dipalsukan; atau
(d)
mana-mana terma-terma atau syarat-syarat pemfailan elektronik yang ditentukan oleh Pendaftar tidak dipatuhi.”.
Penggantian peraturan 45