Malaysia legislation

Section 26

of PERATURAN-PERATURAN REKA BENTUK PERINDUSTRIAN (PINDAAN) 2013

Seksyen 26

(1)

Suatu permohonan untuk mendaftarkan butir-butir mengenai hakmilik atau kepentingan di bawah subseksyen 30(1) Akta hendaklah—

P.U. (A) 182 4

(a)

dibuat kepada Pendaftar dalam Borang RP 5;

(b)

disertakan dengan—

(i)

fi yang ditetapkan; dan

(ii)

salinan terperaku penyerahhakan, perpindahan, kuat kuasa undang-undang atau urus niaga kepentingan sekuriti, mengikut mana-mana yang berkenaan; atau

(iii)

apa-apa keterangan lain yang Pendaftar sifatkan sebagai bukti yang mencukupi bagi urus niaga itu.

(2)

Pendaftar boleh menghendaki pemohon untuk memberikan apa-apa dokumen, surat cara atau maklumat lain yang menyokong permohonan itu sebagaimana yang difikirkan patut oleh Pendaftar dalam apa-apa tempoh masa yang ditetapkan oleh Pendaftar.

(3)

Pemohon boleh memohon kepada Pendaftar bagi pelanjutan masa dalam Borang RP 13 sebelum habisnya tempoh yang ditetapkan oleh Pendaftar yang disebut dalam subperaturan (2) atau apa-apa tempoh masa yang dilanjutkan sebelum ini yang dibenarkan oleh Pendaftar.

(4)

Jika urus niaga itu dibuat melalui surat cara yang boleh dikenakan cukai, kelulusan permohonan itu hendaklah tertakluk kepada Pendaftar berpuas hati bahawa surat cara itu telah disetem dengan sewajarnya.

(5)

Suatu permohonan untuk meminda apa-apa butir mengenai hakmilik atau kepentingan yang memberi kesan kepada reka bentuk perindustrian di bawah subseksyen 30(1) Akta hendaklah dibuat dalam Borang

RP 9.

P.U. (A) 182 5

(6)

Jika Pendaftar berpuas hati bahawa permohonan itu lengkap,

Pendaftar hendaklah membuat apa-apa catatan dalam Daftar sebagaimana yang difikirkannya patut.”.

Pindaan peraturan 28

Section 26 — PERATURAN-PERATURAN REKA BENTUK PERINDUSTRIAN (PINDAAN) 2013