Malaysia legislation

Section 2

of PERATURAN-PERATURAN SARAAN HAKIM (PINDAAN JADUAL KEDUA) 2006

Seksyen 2

Jadual Kedua kepada Akta Saraan Hakim 1971 dipinda dalam perenggan $ 1 2 {\mathrm {A}} $ —

(a)

dalam subperenggan (a)—

(i)

dalam subsubperenggan (i), dengan menggantikan perkataan "sembilan puluh" dengan perkataan "seratus dua puluh"; dan

(ii)

dengan memasukkan sebelum subperenggan yang bermula dengan takrif ' "Gaji bulanan yang akhir diterima" 'subperenggan yang berikut:

"Pada tahun akhir perkhidmatannya, seseorang Hakim dibenarkan mengumpul cuti rehat bagi maksud Bayaran sebagai Ganti Cuti daripada baki jumlah cuti rehat yang layak bagi dirinya pada tahun itu sehingga maksimum yang sama banyak dengan kadar cuti rehatnya:

Dengan syarat bahawa jumlah cuti rehat yang dikumpulkan itu tidak boleh melebihi maksimum seratus dua puluh hari."; dan

(b)

dalam subperenggan (b)—

(i)

dalam menggantikan perkataan "sembilan puluh" dengan perkataan "seratus dua puluh"; dan

(ii)

dengan memasukkan sebelum subperenggan yang bermula dengan perkataan "Dalam subperenggan ini," subperenggan yang berikut:

"Pada tahun akhir perkhidmatannya, seseorang Hakim dibenarkan mengumpul cuti rehat bagi maksud Bayaran sebagai Ganti Cuti daripada baki jumlah cuti rehat yang layak bagi dirinya pada tahun itu sehingga maksimum yang sama banyak dengan kadar cuti rehatnya:

Dengan syarat bahawa jumlah cuti rehat yang dikumpulkan itu tidak boleh melebihi maksimum seratus dua puluh hari.";

Dibuat 27 November 2006 [PM(BK)R.11880/A/054/22 Jld.10; PN(PU $ ^{2} $ )91/III]

Dengan Titah Perintah

DATO' SERI ABDULLAH BIN HAJI AHMAD BADAWI

Perdana Menteri

JUDGES' REMUNERATION ACT 1971

JUDGES' REMUNERATION (AMENDMENT OF SECOND SCHEDULE) REGULATIONS 2006

Section 2 — PERATURAN-PERATURAN SARAAN HAKIM (PINDAAN JADUAL KEDUA) 2006