Malaysia legislation

Section 3

of PERATURAN-PERATURAN SARAAN HAKIM (PINDAAN JADUAL KEDUA) (NO.2) 1980

Seksyen 3

Jadual Kedua Akta Saraan Hakim adalah dipinda—

(a)

dalam perenggan 1—

(i)

dengan menggantikan angka "1,000" dan "1-8-1979" dalam perenggan-kecil (a) (ii) masing-masing dengan angka "1,500" dan "1-7-1980";

(ii)

dengan menomborkan semula bahagian perenggan-kecil (b) yang bermula dengan perkataan "rumah khas percuma berperabut lengkap" sebagai butiran perenggan-kecil (i) perenggan-kecil (b);

(iii)

dengan menggantikan noktah di akhir butiran perenggan-kecil (i) perenggan-kecil (b) dengan koma bertitik dan perkataan "dan"; dan

(iv)

dengan memasukkan selepas sahaja butiran perenggan-kecil (i) perenggan-kecil (b) butiran perenggan-kecil (ii) perenggan-kecil (b)—

“(ii) seorang butler dan seorang penunggu rumah dan suatu peruntukan sebanyak $1,500 setahun untuk menyenggara rumah dan taman. 1-7-1980

(b)

dengan menggantikan dalam perenggan 2 angka "750", "600", "500" dan "1977" masing-masing di mana jua ia terdapat dengan angka "2,500", "2,400", "2,000" dan "1980";

(c)

dengan memasukkan selepas perenggan 3, perenggan 3A yang berikut—

"3A. ELAUN SERANTAU BAGI PEKERJA-PEKERJA:

Tarikh mula berkuatkuasa

Maka hendaklah dibayar bagi mana-mana pekerja seseorang Hakim yang berkhidmat di Negeri Sabah atau Sarawak suatu elaun serantau bulanan pada kadar—

(a)

25 persen; atau

(b)

$ 2 2 \frac{1}{2} $ persons, gaji bulanan pekerja itu jika gaji-gajinya masing-masing adalah—

(i)

kurang daripada $360; atau

(ii)

di antara $350 dan $549, sebulan.

Elaun dalam perenggan ini hendaklah dibayar kepada Hakim yang menggajinya.

(d)

dengan memasukkan selepas perenggan 6, perenggan 6A yang berikut—

"6A. LAIN-LAIN ELAUN PEKERJA-PEKERJA:

Elaun, caruman atau pendapatan Tarikh mula tambahan bagi pekerja-pekerja berkuatkuasa seseorang Hakim

1-7-1980

Maka hendaklah dibayar bagi pekerja-pekerja seseorang Hakim seperti yang dirujukkan dalam Jadual ini mana-mana elaun, caruman atau pendapatan tambahan yang mana tidak ada peruntukan tertentu dibuat dalam Jadual ini tetapi dibayar atau diperuntukan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa bagi pekerja-pekerja seseorang pegawai dalam tingkatan tertinggi "A" ke atas dalam Kumpulan Pengurusan dan Iktisas perkhidmatan awam, yang bekerja dalam jawatan setaraf atau serupa dengannya sebagai pekerja-pekerja seseorang Hakim. Elaun, caruman dan pendapatan tambahan dalam perenggan ini hendaklah dibayar atau dibayar kembali kepada Hakim yang menggajikan pekerja-pekerja itu.

(e)

dengan menggantikan perenggan 7 dengan perenggan 7 yang berikut—

"7. ELAUN SARA HIDUP:

(1)

Elaun yang boleh dibayar kepada seseorang Hakim

Elaun sara hidup yang boleh dibayar bagi pegawai-pegawai yang berkhidmat dalam tingkatan tertinggi "A" ke atas dalam Kumpulan Pengurusan dan Iktisas perkhidmatan awam, sebagaimana dipinda dari masa ke semasa:

(2)

Tarikh mula berkuatkuasa

1-7-1980

Dengan syarat bahawa jika seseorang Hakim bertugas lebih daripada lapan jam di luar ibu pejabat, dia hendaklah dibayar elaun penuh.

(f)

dengan menggantikan perenggan 8 dengan yang berikut--

"8. BELANJA PENGINAPAN:

Belanja penginapan atau elaun penginapan yang boleh dibayar bagi pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam tingkatan tertinggi "A" ke atas dalam Kumpulan Pengurusan dan Iktisas perkhidmatan awam, sebagaimana dipinda dari masa ke semasa. 1-7-1980

(g)

dengan menggantikan perenggan 9, dengan perenggan 9 yang berikut—

"9. PENDAHULUAN UNTUK MEMBELI MOTOKAR:

Pendahuluan yang diberi kepada seseorang Hakim

Sekim pinjaman kereta yang dipakai bagi pegawai-pegawai yang berkhidmat dalam tingkatan tertinggi "A" ke atas dalam Kumpulan Pengurusan dan Iktisas perkhidmatan awam, sebagaimana dipinda dari masa ke semasa.

(h)

dengan menomborkan semula, bahagian perenggan 11 yang bermula dengan perkataan-perkataan "Rawatan perubatan percuma bagi Hakim," sebagai perenggan-kecil (a) perenggan 11 dan memasukkan di tempat yang sesuai selepas itu perenggan-kecil (b) perenggan 11 yang berikut—

"(b) Walau apa pun yang terkandung dalam perenggan-kecil (a), pembayaran caj harian wad hendaklah tidak dituntut jika seseorang Hakim dimasukkan ke hospital disebabkan oleh kecederaan berbangkit dari kemalangan semasa menjalankan tugas.

1-7-1980

(i)

dengan memasukkan selepas perenggan 12, perenggan 12A yang berikut—

"12A. BAYARAN SEBAGAI GANTI CUTI:

(1)

Pengumpulan cuti oleh seseorang Hakim untuk award wang tunai

Jika, disebabkan oleh desakan perkhidmatan, seseorang Hakim tidak berupaya mengambil cuti rihat tahunannya, dia bolehlah memilih mengumpul sehingga setengah cuti rihat yang layak baginya tetapi tertakluk kepada suatu maxima sebanyak lima belas hari dalam setahun dan, semasa bersara atau kematiannya—

(a)

diberi award wang tunai bersamaan dengan satu pertigapuluh gaji bulanan terakhir yang diterima olehnya bagi tiap-tiap satu hari cuti yang terkumpul hingga maksimum sebanyak sembilan puluh hari; atau

(b)

telah menukar cuti rihat yang terkumpul itu, hingga maksimum seratus lapan puluh hari, sebagai perkhidmatan yang diiktiraf dalam mengira pencen atau ganjarannya.

Mana-mana cuti rihat yang tidak diambil dalam tahun-tahun sebelumnya bolehlah diambilkira dalam menghitung cuti rihat bagi maksud-maksud perenggan ini tetapi tertakluk, walaubagaimana pun, hingga terkumpul maksimum lima belas hari bagi tiap-tiap tahun.

(2)

Tarikh mula berkuatkuasa

(j)

dengan menggantikan perenggan 14 dengan perenggan perenggan 14, 15 dan 16 yang berikut—

"14. SKIM PINJAMAN PERUMAHAN:

(1)

Skim pinjaman perumahan bagi Hakim

Skim pinjaman perumahan yang dipakai bagi pegawai-pegawai yang berkhidmat dalam tingkatan tertinggi "A" ke atas dalam Kumpulan Pengurusan dan Iktisas perkhidmatan awam, sebagaimana dipinda dari masa ke semasa.

(2)

Tarikh mula berkuatkuasa

1-7-1980

Section 3 — PERATURAN-PERATURAN SARAAN HAKIM (PINDAAN JADUAL KEDUA) (NO.2) 1980