Malaysia legislation
Section 19
of PERATURAN-PERATURAN SEWA BELI (PERMOHONAN PERMIT DAN TATACARA PEMILIKAN SEMULA BARANGAN) 2011
Seksyen 19
(1)
Tiap-tiap tuan punya hendaklah, berkenaaan dengan tiap-tiap perjanjian sewa beli, menyenggara dan menyimpan rekod yang lengkap dan sebenar mengenai perkara-perkara yang berikut:
(a)
tarikh mula kuat kuasa perjanjian sewa beli dan tarikh perjanjian itu ditandatangani;
(b)
nombor rujukan perjanjian sewa beli;
(c)
perihal barangan yang terkandung dalam perjanjian sewa beli;
(d)
harga tunai barangan;
(e)
amaun yang telah dibayar atau diberi sebagai deposit;
(f)
amaun setiap satu ansuran bulanan yang dibayar oleh penyewa;
(g)
satu salinan setiap satu resit yang dikeluarkan oleh tuan punya berkenaan dengan mana-mana ansuran yang dibayar, yang hendaklah mengandungi butiran jumlah wang yang diterima daripada penyewa dan tarikh resit itu dikeluarkan; dan
(h)
perincian atau rekod berkenaan dengan lelongan awam.
P.U. (A) 192 12
(2)
Butiran rekod hendaklah dalam bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris dan hendaklah disenggarakan dan disimpan menurut subperaturan (1) untuk tempoh 7 tahun dari tarikh pelaksanaan rekod tersebut.
(3)
Mana-mana orang yang enggan memberikan apa-apa maklumat atau dokumen atau memberikan maklumat palsu atau mengelirukan di bawah subperaturan (1)
adalah melakukan suatu kesalahan.
Penyenggaraan rekod oleh ejen pemilikan semula