Malaysia legislation
Section 4
of PERATURAN-PERATURAN SEWA BELI (PERMOHONAN PERMIT DAN TATACARA PEMILIKAN SEMULA BARANGAN) 2011
Seksyen 4
(1)
Mana-mana orang yang ingin memohon permit untuk menjalankan pemilikan semula barangan yang terkandung dalam perjanjian sewa beli hendaklah memenuhi keperluan yang berikut:
(a)
telah mencapai umur dua puluh satu tahun;
(b)
seorang warganegara Malaysia;
(c)
tidak disabitkan dengan mana-mana kesalahan berdaftar di bawah Akta
Pendaftaran Penjenayah dan Orang Yang Tidak Diingini 1969 [Akta 7]; dan
(d)
apa-apa keperluan lain yang boleh ditentukan oleh Pengawal.
Permohonan untuk permit