Malaysia legislation
Section 18
of PERATURAN-PERATURAN SISTEM INSURANS PEKERJAAN (FAEDAH DAN PROGRAM PENEMPATAN PEKERJAAN SEMULA) 2018
Seksyen 18
(2)
Jika Pertubuhan meluluskan permohonan di bawah subperaturan (1), orang berinsurans hendaklah—
(a)
menghadiri dan menyempurnakan latihan dalam tempoh yang dinyatakan; dan
(b)
mengemukakan bukti kehadiran bagi latihan itu yang diperakukan oleh pemberi latihan bersama dengan apa-apa dokumen lain sebagaimana yang ditentukan oleh Pertubuhan kepada Pertubuhan tidak lebih daripada tujuh hari selepas hari terakhir bagi bulan yang orang berinsurans itu menghadiri latihan itu.
(3)
Pertubuhan boleh meluluskan suatu permohonan bagi apa-apa latihan di bawah subperaturan (1) yang fi latihannya melebihi amaun maksimum fi latihan sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga kepada Akta jika orang berinsurans itu bersetuju untuk membayar perbezaan antara fi latihan dengan amaun maksimum fi latihan itu sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga kepada Akta.
Tawaran pekerjaan