Malaysia legislation
Section 21
of PERATURAN-PERATURAN SISTEM INSURANS PEKERJAAN (FAEDAH DAN PROGRAM PENEMPATAN PEKERJAAN SEMULA) 2018
Seksyen 21
Pemberhentian program penempatan pekerjaan semula
Pertubuhan boleh memberhentikan program penempatan pekerjaan semula bagi mana-mana orang berinsurans jika orang berinsurans itu—
(a)
telah diambil bekerja;
(b)
tidak berniat untuk terus menyertai program penempatan pekerjaan semula itu;
(c)
tidak boleh dan tidak bersedia untuk bekerja disebabkan oleh keadaan kesihatannya;
(d)
gagal untuk mematuhi apa-apa arahan yang diberikan oleh Pertubuhan dalam masa dua minggu dari tarikh arahan itu diberikan;
P.U. (A) 354 16
(e)
telah memberikan butir-butir, dokumen atau penyata yang palsu, tidak benar atau tidak betul—
(i)
pada masa tuntutan bagi faedah dibuat;
(ii)
semasa penentuan tuntutan bagi faedah oleh Pertubuhan; atau
(iii)
semasa menyertai program penempatan pekerjaan semula; atau
(f)
telah melanggar apa-apa peruntukan Peraturan-Peraturan ini.
Penerusan penyertaan dalam program penempatan pekerjaan semula