Malaysia legislation

Section 5

of PERATURAN-PERATURAN SISTEM INSURANS PEKERJAAN (FAEDAH DAN PROGRAM PENEMPATAN PEKERJAAN SEMULA) 2018

Seksyen 5

(1)

Bayaran bulanan pertama bagi elaun mencari pekerjaan hendaklah dibayar kepada orang berinsurans oleh Pertubuhan sebaik selepas tempoh menunggu jika orang berinsurans itu mengambil bahagian dalam program penempatan pekerjaan semula di bawah seksyen 44 Akta.

(2)

Bagi tiap-tiap bayaran bulanan elaun mencari pekerjaan yang berikutnya,

Pertubuhan hendaklah membayar elaun mencari pekerjaan itu kepada orang berinsurans bagi bulan itu selepas Pertubuhan—

(a)

menerima laporan bulanan mengenai rancangan komitmen pekerjaan yang disebut dalam perenggan 15(d) daripada orang berinsurans itu;

dan

(b)

berpuas hati bahawa orang berinsurans itu telah menjalankan rancangan komitmen pekerjaan dan mencapai sasaran sebagaimana yang dinyatakan dalam rancangan komitmen pekerjaan itu.

Bayaran elaun bekerja semula awal

Section 5 — PERATURAN-PERATURAN SISTEM INSURANS PEKERJAAN (FAEDAH DAN PROGRAM PENEMPATAN PEKERJAAN SEMULA) 2018