Malaysia legislation
Section 6
of PERATURAN-PERATURAN SISTEM INSURANS PEKERJAAN (JEMAAH RAYUAN KESELAMATAN SOSIAL) 2018
Seksyen 6
(1)
Responden boleh, pada mana-mana peringkat prosiding, meminda pernyataan pembelaan yang difailkan di bawah peraturan 4 dengan kebenaran
Jemaah Rayuan tertakluk kepada apa-apa terma dan arahan sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Jemaah Rayuan.
(2)
Walau apa pun subperaturan (1), Jemaah Rayuan tidak boleh memberikan kebenaran untuk meminda pernyataan pembelaan yang difailkan di bawah peraturan 4
melainkan jika Jemaah Rayuan berpuas hati bahawa—
(a)
pindaan itu adalah berdasarkan apa-apa perkara fakta atau undang-undang yang diketahui oleh responden hanya selepas pernyataan pembelaan itu difailkan;
(b)
pindaan itu tidak praktik untuk dimasukkan dalam atau ditinggalkan daripada pernyataan pembelaan itu apabila pernyataan pembelaan itu difailkan; atau
(c)
pindaan itu dimasukkan atau ditinggalkan disebabkan oleh hal keadaan yang luar biasa.
(3)
Jika kebenaran diberikan di bawah subperaturan (1), responden hendaklah memfailkan pernyataan pembelaan terpinda itu dalam lima salinan dengan
Jemaah Rayuan dalam masa tiga puluh hari dari tarikh kebenaran itu diberikan.
(4)
Jika pernyataan pembelaan dipinda di bawah subperaturan (1) selepas pernyataan pembelaan itu disampaikan dengan sewajarnya kepada pemohon di bawah peraturan 4 atau 7, Pengerusi Jemaah Rayuan hendaklah menyebabkan supaya
P.U. (A) 353 7
pernyataan pembelaan terpinda itu disampaikan secara ke diri kepada pemohon dalam masa tiga puluh hari dari tarikh pernyataan pembelaan terpinda itu difailkan dengan
Jemaah Rayuan.
Penyampaian ganti