Malaysia legislation
Section 12
of PERATURAN-PERATURAN SISTEM INSURANS PEKERJAAN (PENDAFTARAN DAN CARUMAN) 2017
Seksyen 12
(1)
Seseorang majikan hendaklah menyediakan suatu jadual caruman bagi setiap tempoh caruman berkenaan dengan semua pekerjanya dalam apa-apa bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Pertubuhan.
P.U. (A) 452 9
(2)
Majikan itu hendaklah mengemukakan jadual caruman yang disediakan di bawah subperaturan (1) kepada Pertubuhan apabila membayar caruman berkenaan dengan semua pekerjanya di bawah peraturan 9.
(3)
Jika terdapat apa-apa kekurangan dalam amaun caruman yang dibayar, majikan itu hendaklah mengemukakan suatu jadual caruman tambahan kepada
Pertubuhan dan membayar amaun yang kurang itu secara tunai, cek, perbankan internet atau dalam apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pertubuhan.
(4)
Majikan hendaklah menyimpan suatu salinan jadual caruman yang disediakan di bawah subperaturan (1) dan hendaklah—
(a)
mengemukakan jadual caruman itu bagi pemeriksaan pada bila-bila masa yang munasabah oleh Pegawai Perkhidmatan
Pekerjaan atau pegawai yang diberi kuasa oleh Pertubuhan; dan
(b)
menyerahkan jadual caruman itu kepada Pegawai Perkhidmatan
Pekerjaan atau pegawai yang diberi kuasa oleh Pertubuhan, jika diminta untuk berbuat demikian oleh Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan atau pegawai yang diberi kuasa itu.
(5)
Bagi maksud peraturan ini, “tempoh caruman” ertinya tempoh satu bulan kalendar.
Pengemukaan jadual caruman apabila berlaku penutupan kekal