Malaysia legislation
Section 9
of PERATURAN-PERATURAN SISTEM INSURANS PEKERJAAN (PENDAFTARAN DAN CARUMAN) 2017
Seksyen 9
(1)
Apabila seseorang majikan didaftarkan di bawah subperaturan 3(1) atau seksyen 15 Akta dan seseorang pekerja didaftarkan di bawah subperaturan 5(1) atau seksyen 17 Akta, majikan itu hendaklah membayar caruman kepada Pertubuhan pada kadar sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Kedua kepada Akta tidak lewat daripada hari yang kelima belas bulan yang selepas sahaja bulan yang berkenaan dengannya caruman itu kena dibayar.
(2)
Seseorang majikan hendaklah membayar caruman yang disebut dalam subperaturan (1) kepada Pertubuhan secara tunai, cek, perbankan internet atau dalam apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pertubuhan.
Bunga atas tunggakan caruman