Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
(1)
Bagi maksud suatu penginapan atau penginapan berpusat yang bukan berbentuk dormitori, mana-mana majikan atau penyedia penginapan berpusat hendaklah menyediakan bilik tidur dengan keluasan lantai yang tidak kurang daripada 3.6 meter persegi bagi setiap pekerja.
(2)
Bagi maksud suatu penginapan atau penginapan berpusat yang berbentuk dormitori, mana-mana majikan atau penyedia penginapan berpusat hendaklah menyediakan ruang tidur dengan keluasan lantai yang tidak kurang daripada 3 meter persegi bagi setiap pekerja.
(3)
Mana-mana majikan yang melanggar subperaturan (1) atau (2) melakukan suatu kesalahan.
(4)
Mana-mana penyedia penginapan berpusat yang melanggar subperaturan (1)
atau (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Bekalan air dan bekalan elektrik