Malaysia legislation
Section 12
of PERATURAN-PERATURAN SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA (AKAUN DEPOSIT KOPERASI) 2014
Seksyen 12
(1)
Pengerusi hendaklah memanggil mesyuarat
Jawatankuasa sekurang-kurangnya sekali tiap-tiap tiga bulan dalam setahun.
(2)
Pengerusi, atau semasa ketiadaannya Timbalan Pengerusi, hendaklah mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa.
(3)
Pengerusi, atau semasa ketiadaannya Timbalan Pengerusi, dan tiga orang anggota Jawatankuasa yang lain hendaklah membentuk kuorum bagi mesyuarat
Jawatankuasa.
(4)
Tiap-tiap anggota
Jawatankuasa yang menghadiri mesyuarat
Jawatankuasa hendaklah berhak kepada satu undi.
(5)
Semua keputusan dalam mesyuarat Jawatankuasa hendaklah dibuat melalui undi majoriti mudah semua anggota Jawatankuasa yang menghadiri mesyuarat itu dan mengundi, dan dalam hal bilangan undi yang sama banyak, Pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus sebagai tambahan kepada undi biasanya.
P.U. (A) 296 8
Diluluskan 30 September 2014
DATO’ SRI HASAN BIN MALEK
Menteri Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi dan Kepenggunaan
Dibuat 6 Oktober 2014
DATUK NIK ALI BIN MAT YUNUS
Pengerusi Eksekutif
Suruhanjaya Koperasi Malaysia
P.U. (A) 296 9
MALAYSIA CO-OPERATIVE SOCIETIES COMMISSION ACT 2007
__________________________________________