Malaysia legislation
Section 2
of PERATURAN-PERATURAN SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA (AKAUN DEPOSIT KOPERASI) 2014
Seksyen 2
Dalam Peraturan-Peraturan ini—
“Akaun Deposit” ertinya Akaun Deposit Koperasi yang disebut dalam seksyen 43
Akta;
“Jawatankuasa” ertinya Jawatankuasa Akaun Deposit Koperasi yang ditubuhkan di bawah peraturan 10;
“Kumpulan Wang Rizab Statutori” ertinya Kumpulan Wang Rizab yang disebut dalam subseksyen 57(1) Akta Koperasi 1993 [Akta 502] yang disenggarakan oleh sesuatu koperasi;
“wang lebihan” ertinya wang yang melebihi amaun yang diperlukan oleh sesuatu koperasi bagi kegunaan segera sebagai modal kerja bagi perniagaannya, yang boleh didepositkan atau dilaburkan di luar koperasi itu tanpa menjejaskan pengendalian perniagaan itu.
P.U. (A) 296 4