Malaysia legislation

Section 7

of PERATURAN-PERATURAN SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA (AKAUN DEPOSIT KOPERASI) 2014

Seksyen 7

Pengeluaran deposit

(1)

Sesuatu koperasi yang telah mendepositkan wang lebihan atau Kumpulan

Wang Rizab Statutori ke dalam Akaun Deposit di bawah peraturan 5 boleh memohon kepada Suruhanjaya bagi pengeluaran wang lebihan atau Kumpulan Wang Rizab

Statutori itu, dan pulangannya mengikut apa-apa cara yang ditentukan oleh

Suruhanjaya.

(2)

Suruhanjaya boleh mengenakan apa-apa syarat bagi pengeluaran di bawah subperaturan (1) sebagaimana yang difikirkan patut oleh Suruhanjaya.

(3)

Apabila permohonan bagi pengeluaran di bawah subperaturan (1)

diterima dan berpuas hati bahawa syarat yang disebut dalam subperaturan (2), jika ada, telah dipenuhi, Suruhanjaya boleh meluluskan pengeluaran itu.

Pembiayaan Islam atau kemudahan kredit

Section 7 — PERATURAN-PERATURAN SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA (AKAUN DEPOSIT KOPERASI) 2014