Malaysia legislation

Section 4

of PERATURAN-PERATURAN SURUHANJAYA PENERBANGAN MALAYSIA (CAJ PERKHIDMATAN PENERBANGAN) 2016

Seksyen 4

Caj pendaratan

(1)

Caj pendaratan berkenaan dengan setiap pendaratan pesawat udara di lapangan terbang adalah sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama.

(2)

Caj di bawah peraturan ini tidak terpakai bagi kelas pesawat udara yang berikut:

(a)

mana-mana pesawat udara rasmi Kerajaan Persekutuan atau

Kerajaan mana-mana negeri di Malaysia, termasuk pesawat udara tentera;

(b)

mana-mana pesawat udara Ketua Negara, Menteri dan orang kenamaan lain yang melawat Malaysia sebagai tetamu negara atas dasar kesalingan;

(c)

mana-mana pesawat udara yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat;

(d)

mana-mana pesawat udara yang dikehendaki supaya kembali ke lapangan terbang berlepas atau ke lapangan terbang alternatif disebabkan hal keadaan di luar kawalan pengendali seperti kelengkapan pesawat udara tidak berfungsi atau penutupan lapangan terbang destinasi selepas pelepasan pesawat udara itu;

P.U. (A) 100 5

(e)

mana-mana pesawat udara yang terlibat dalam penerbangan ujian dengan syarat bahawa—

(i)

penerbangan itu tamat di lapangan terbang berlepas dan dijalankan semata-mata bagi maksud menguji pesawat udara itu atau peralatannya; dan

(ii)

sebelum penerbangan itu, pengendali pesawat udara telah memberitahu pengendali aerodrom tentang penerbangan yang dimaksudkan itu dan hendaklah memuaskan hati pengendali aerodrom tentang kesahihan, dan keperluan, penerbangan itu;

atau

(f)

mana-mana pesawat udara atau kelas pesawat udara lain yang diluluskan oleh Suruhanjaya.

Caj tambahan bagi pendaratan di luar waktu operasi lapangan terbang yang diberitahu

Section 4 — PERATURAN-PERATURAN SURUHANJAYA PENERBANGAN MALAYSIA (CAJ PERKHIDMATAN PENERBANGAN) 2016