Malaysia legislation

Section 3

of PERATURAN-PERATURAN SURUHANJAYA PENERBANGAN MALAYSIA (CAJ PERKHIDMATAN PENGAWALSELIAAN) 2018

Seksyen 3

(1)

Tertakluk kepada peraturan 4, caj perkhidmatan pengawalseliaan sebagaimana yang ditetapkan dalam Jadual hendaklah dikenakan oleh Suruhanjaya bagi perkhidmatan pengawalseliaan yang diberikan oleh Suruhanjaya ke atas setiap penumpang yang berlepas dengan pesawat udara dari mana-mana aerodrom di dalam Malaysia.

(2)

Caj perkhidmatan pengawalseliaan yang disebut dalam subperaturan (1)

hendaklah kena dibayar oleh penumpang dan dikutip oleh syarikat penerbangan yang berkontrak—

(a)

apabila penumpang membeli tiket daripada syarikat penerbangan yang berkontrak itu; atau

(b)

apabila penumpang menyempurnakan apa-apa perjanjian dengan suatu syarikat penerbangan yang berkontrak bagi perkhidmatan pengangkutan udara.

P.U. (A) 81 4

(3)

Syarikat penerbangan yang berkontrak hendaklah meremit caj perkhidmatan pengawalseliaan yang dikutip menurut subperaturan (2) kepada

Suruhanjaya mengikut cara yang ditentukan oleh Suruhanjaya.

(4)

Mana-mana syarikat penerbangan yang berkontrak yang melanggar subperaturan (3) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit.

Pengecualian

Section 3 — PERATURAN-PERATURAN SURUHANJAYA PENERBANGAN MALAYSIA (CAJ PERKHIDMATAN PENGAWALSELIAAN) 2018