Malaysia legislation
Section 2
of PERATURAN-PERATURAN SURUHANJAYA PENERBANGAN MALAYSIA (KOD KELAKUAN) 2018
Seksyen 2
Tafsiran
“anggota” ertinya—
(a)
anggota Suruhanjaya yang dilantik di bawah subseksyen 5(1) Akta;
(b)
anggota silih ganti Suruhanjaya yang dilantik di bawah subseksyen 6(1)
Akta; dan
(c)
anggota jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen 12(1)
atau 71(1) Akta;
“anggota keluarganya”, berhubung dengan anggota, termasuklah—
(a)
suami atau isterinya;
P.U. (A) 115 4
(b)
ibu atau bapanya termasuklah ibu atau bapa suami atau isterinya;
(c)
anaknya termasuklah anak angkatnya atau anak tirinya;
(d)
adik-beradiknya termasuklah adik-beradik suami atau isterinya; dan
(e)
suami atau isteri anaknya, atau adik-beradiknya;
“Jawatankuasa” ertinya Jawatankuasa Audit dan Risiko yang ditubuhkan di bawah subseksyen 12(1) Akta;
“sekutu”, berhubung dengan anggota, ertinya—
(a)
orang yang merupakan penama atau pekerja anggota itu;
(b)
firma yang anggota itu atau mana-mana penamanya merupakan seorang pekongsinya;
(c)
pekongsi anggota itu;
(d)
pemegang amanah sesuatu amanah yang di bawahnya anggota atau seorang anggota keluarganya merupakan seorang benefisiari; atau
(e)
mana-mana perbadanan mengikut pengertian Akta Syarikat 2017
[Akta 777], yang anggota itu atau mana-mana penamanya atau seseorang anggota keluarganya ialah seorang pengarah atau mempunyai pemegangan syer yang substansial dalam perbadanan itu;
“suapan” ertinya—
(a)
wang, derma, pemberian, pinjaman, fi, hadiah, cagaran berharga, harta atau kepentingan mengenai harta, iaitu apa-apa jenis harta sama ada alih atau tak alih, faedah kewangan, atau apa-apa manfaat seumpama itu yang lain;
P.U. (A) 115 5
(b)
apa-apa jawatan, kebesaran, pekerjaan, kontrak pekerjaan atau perkhidmatan, dan apa-apa perjanjian untuk memberikan pekerjaan atau memberikan perkhidmatan atas apa-apa sifat;
(c)
apa-apa bayaran, pelepasan, penunaian atau penyelesaian apa-apa pinjaman, obligasi atau liabiliti lain, sama ada keseluruhannya atau sebahagian daripadanya;
(d)
apa-apa jenis balasan berharga, apa-apa diskaun, komisen, rebat, bonus, potongan atau peratusan;
(e)
apa-apa perbuatan menahan diri daripada menuntut apa-apa wang atau nilai wang atau benda berharga;
(f)
apa-apa jenis perkhidmatan atau pertolongan lain, termasuk pelindungan daripada apa-apa penalti atau ketidakupayaan yang dikenakan atau yang dikhuatiri atau daripada apa-apa tindakan atau prosiding yang bersifat tatatertib, sivil atau jenayah, sama ada atau tidak sudah dimulakan, dan termasuk penggunaan atau menahan diri daripada menggunakan apa-apa hak atau apa-apa kuasa atau kewajipan rasmi; dan
(g)
apa-apa tawaran, aku janji atau janji, sama ada bersyarat atau tidak bersyarat, untuk memberikan suapan mengikut pengertian mana-mana perenggan (a) hingga (f).