Malaysia legislation

Section 17

of PERATURAN-PERATURAN SURUHANJAYA PILIHANRAYA (PINDAAN JADUAL) 1996

Seksyen 17

PERBELANJAAN PELBAGAI:

Apabila membuat perjalanan untuk menjalankan tugas rasmi, perbelanjaan pelbagai yang berikut yang dilakukan hendaklah dibayar balik—

(a)

bayaran telefon, telegram atau bayaran pos yang dilakukan berkenaan dengan tugas rasmi itu;

(b)

belanja dobi (yang disokong dengan resit) yang dilakukan semasa menginap di hotel selama lebih daripada tiga hari; dan

(c)

bayaran tempat meletak kereta, tol dan feri (yang disokong dengan resit)."

Dibuat pada 5 Jun.1996. [PM (S) 11334/1 Jld. 8; PN. (PU $ ^{2} $ ) 373.]

Dengan Perintah,

TAN SRI DATO' SERI AHMAD SARJI BIN ABDUL HAMID,

Setiausaha Jemaah Menteri

ELECTION COMMISSION ACT 1957

ELECTION COMMISSION (AMENDMENT OF SCHEDULE) REGULATIONS 1996

Section 17 — PERATURAN-PERATURAN SURUHANJAYA PILIHANRAYA (PINDAAN JADUAL) 1996