Malaysia legislation

Section 10

of PERATURAN-PERATURAN SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (PELESENAN SETIAUSAHA) 2017

Seksyen 10

Fi

(1)

Fi sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual hendaklah dibayar kepada

Suruhanjaya mengikut apa-apa cara sebagaimana yang diarahkan oleh Suruhanjaya.

(2)

Apa-apa kegagalan untuk membayar fi yang disebut dalam subperaturan (1) akan menyebabkan permohonan atau rayuan itu terbatal.

(3)

Jika permohonan atau rayuan itu ditarik balik, fi yang telah dibayar berkenaan dengan permohonan atau rayuan itu tidak boleh dibayar balik.

(4)

Suruhanjaya boleh mengurangkan atau mengetepikan, sebahagian atau keseluruhan, apa-apa fi yang dinyatakan dalam Jadual.

Section 10 — PERATURAN-PERATURAN SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (PELESENAN SETIAUSAHA) 2017