Malaysia legislation

Section 3

of PERATURAN-PERATURAN SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (PELESENAN SETIAUSAHA) 2017

Seksyen 3

Permohonan bagi lesen

(1)

Mana-mana orang, selain orang yang disebut dalam perenggan 235(2)(a)

Akta Syarikat 2016 [Akta 777], boleh memohon kepada Suruhanjaya bagi suatu lesen untuk bertindak sebagai seorang setiausaha melalui sistem pemfailan elektronik melainkan jika diarahkan selainnya oleh Suruhanjaya.

(2)

Permohonan di bawah subperaturan (1) hendaklah mengandungi butir-butir yang berikut:

P.U. (A) 51 4

(a)

nama, nombor pengenalan, maklumat untuk dihubungi dan alamat tempat kediaman utama pemohon itu;

(b)

alamat perniagaan pemohon itu, jika berkenaan;

(c)

kelayakan akademik pemohon itu dan pengalaman pemohon itu yang berkaitan; dan

(d)

suatu perisytiharan oleh pemohon itu—

(i)

bahawa pemohon itu bukan seorang bankrap yang belum dilepaskan;

(ii)

bahawa pemohon itu tidak pernah disabitkan sama ada di dalam atau di luar Malaysia bagi mana-mana kesalahan yang disebut dalam seksyen 198 Akta Syarikat 2016;

(iii)

bahawa pemohon itu tidak pernah disabitkan sama ada di dalam atau di luar Malaysia bagi mana-mana kesalahan yang melibatkan fraud atau kecurangan yang boleh dihukum apabila disabitkan dengan pemenjaraan selama tiga bulan atau lebih; dan

(iv)

bahawa pemohon itu tidak mempunyai apa-apa tindakan undang-undang yang masih belum selesai terhadapnya di bawah mana-mana peruntukan Akta atau undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama kepada Akta.

(3)

Permohonan yang dibuat di bawah subperaturan (1) hendaklah disertakan dengan fi sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual.

P.U. (A) 51 5

Pemberian lesen dan pemberitahuan keengganan untuk memberikan lesen

Section 3 — PERATURAN-PERATURAN SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (PELESENAN SETIAUSAHA) 2017