Malaysia legislation

Section 8

of PERATURAN-PERATURAN SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (PELESENAN SETIAUSAHA) 2017

Seksyen 8

(1)

Bagi maksud rayuan yang berhubungan dengan keengganan untuk memberikan lesen di bawah subperaturan 4(2), keengganan untuk membaharui lesen di bawah subperaturan 6(4) atau pembatalan lesen di bawah subperaturan 7(4), mana-mana orang yang terkilan boleh merayu kepada Menteri secara bertulis di bawah seksyen 38E Akta dalam masa tiga puluh hari dari tarikh penerimaan pemberitahuan.

(2)

Bagi maksud subperaturan (1), orang yang terkilan itu hendaklah—

(a)

mengemukakan rayuan itu kepada Suruhanjaya melalui sistem pemfailan elektronik melainkan jika diarahkan selainnya oleh

Suruhanjaya;

(b)

menyatakan alasan rayuan; dan

(c)

membayar fi sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual.

(3)

Apabila rayuan diterima di bawah subperaturan (1), Suruhanjaya hendaklah, secepat yang dapat dilaksanakan, mengemukakan rayuan itu bersama dengan alasan rayuan kepada Menteri.

(4)

Menteri hendaklah membuat keputusan ke atas rayuan itu dan menyebabkan keputusan itu dimaklumkan secara bertulis kepada orang yang terkilan itu.

(5)

Keputusan Menteri di bawah subperaturan (4) adalah muktamad.

P.U. (A) 51 8

Permohonan atau rayuan melalui apa-apa cara lain

Section 8 — PERATURAN-PERATURAN SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (PELESENAN SETIAUSAHA) 2017