Malaysia legislation
Section 3
of PERATURAN-PERATURAN SYARIKAT (LESEN BAGI PEMEGANGAN TANAH) 2025
Seksyen 3
Permohonan lesen bagi pemegangan tanah
(1)
Permohonan bagi suatu lesen di bawah subseksyen 45(4) Akta untuk memegang tanah oleh suatu syarikat hendaklah dibuat kepada Menteri, melalui
Pendaftar, berserta dengan pembayaran fi sebanyak tiga ratus ringgit.
(2)
Permohonan di bawah subperaturan (1) hendaklah disertakan dengan—
(a)
kenyataan yang mengandungi—
(i)
tujuan untuk memegang tanah itu;
(ii)
kaedah memperoleh sumber dana, memegang tanah atau pembiayaan dan perkiraan pembayaran;
(iii)
harga atau nilai tanah; dan
(iv)
aktiviti utama syarikat itu;
P.U. (A) 211 3
(b)
suatu salinan terkini senarai tanah yang dimiliki oleh syarikat di bawah subseksyen 45(4) Akta, jika ada;
(c)
suatu salinan perjanjian atau surat ikatan pemberian yang disetemkan, atau dokumen sokongan lain yang berkaitan dengan perolehan atau pemegangan tanah itu;
(d)
suatu salinan terkini hakmilik, hakmilik induk, hakmilik strata atau apa-apa dokumen lain yang berkaitan dengan perolehan atau pemegangan tanah itu;
(e)
suatu salinan carian tanah persendirian dalam tempoh tiga bulan bagi setiap permohonan untuk memperoleh atau memegang tanah, mengikut kehendak keadaan;
(f)
suatu salinan penyata kewangan syarikat yang telah diaudit bagi dua tahun terkini yang telah diserah simpan dengan Pendaftar, melainkan jika syarikat memperoleh atau memegang tanah itu melalui suatu pemberian;
(g)
suatu salinan ketetapan pengarah berhubung dengan kelulusan untuk memperoleh atau memegang tanah itu;
(h)
suatu salinan penyata mengenai urus niaga selengan daripada semua pengarah dan pemegang amanah;
(i)
suatu salinan laporan penilaian terkini daripada penilai yang berlesen dalam tempoh dua tahun bagi setiap permohonan, melainkan jika syarikat itu memperoleh atau memegang tanah itu melalui suatu pemberian;
P.U. (A) 211 4
(j)
suatu perakuan berkanun, oleh setiausaha atau salah seorang pengarah atau pemegang amanah, bahawa dalam membuat permohonan ini, syarikat itu telah mematuhi semua kehendak perlembagaan semasa syarikat itu; dan
(k)
apa-apa maklumat atau dokumen yang berkaitan, sekiranya ada, yang dikehendaki oleh Pendaftar.
(3)
Permohonan di bawah subperaturan (1) hanya boleh dipertimbangkan apabila semua terma dan syarat yang terletak pada tanah itu telah dipatuhi.
(4)
Bagi maksud Peraturan-Peraturan ini, tanah yang boleh dipegang oleh suatu syarikat termasuklah apa-apa tanah yang diperoleh atau dipegang melalui suatu pembelian, pindah milik, perintah mahkamah, pajakan, wakaf, wasiat atau pemberian.
Pengeluaran lesen