Malaysia legislation

Section 8

of PERATURAN-PERATURAN SYARIKAT (LESEN BAGI PEMEGANGAN TANAH) 2025

Seksyen 8

Kecualian dan peralihan

(1)

Apa-apa lesen yang diberikan oleh Menteri berhubung dengan pegangan tanah di bawah seksyen 45 Akta sebelum permulaan tarikh kuat kuasa

Peraturan-Peraturan ini hendaklah terus berkuat kuasa dan mempunyai kesan sehingga lesen itu habis tempoh, ditarik balik atau dibatalkan.

(2)

Apa-apa permohonan untuk memegang tanah di bawah seksyen 45 Akta yang belum selesai pada tarikh permulaan kuat kuasa Peraturan-Peraturan ini hendaklah pada tarikh permulaan kuat kuasa Peraturan-Peraturan ini diuruskan di bawah apa-apa garis panduan, pekeliling atau nota amalan berhubung dengan permohonan bagi lesen pegangan tanah yang dikeluarkan di bawah Akta Suruhanjaya Syarikat Malaysia 2001

[Akta 614], dan garis panduan, pekeliling atau nota amalan itu hendaklah disifatkan sebagai telah dibuat di bawah, atau mengikut atau menurut kuasa, Akta itu.

(3)

Mana-mana syarikat yang merupakan pemegang lesen bagi pegangan tanah atau yang telah mendapat lesen untuk memegang tanah di bawah seksyen 45 Akta sebelum mula berkuat kuasanya Peraturan-Peraturan ini, hendaklah dalam tempoh enam bulan, dari tarikh permulaan kuat kuasa Peraturan-Peraturan ini, mematuhi syarat yang dinyatakan dalam peraturan 5.

Dibuat 10 Julai 2025

[KPDNKK 100-1/4/25; PN(PU2)740/JLD.4]

DATUK ARMIZAN BIN MOHD ALI

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup

P.U. (A) 211 7

COMPANIES ACT 2016

COMPANIES (LICENCE FOR LAND HOLDING) REGULATIONS 2025

Section 8 — PERATURAN-PERATURAN SYARIKAT (LESEN BAGI PEMEGANGAN TANAH) 2025