Malaysia legislation

Section 6

of PERATURAN-PERATURAN SYARIKAT (LESEN BAGI PENINGGALAN “BERHAD” ATAU “BHD.”) 2025

Seksyen 6

(1)

Menteri boleh, atas syor Pendaftar, membatalkan lesen yang dikeluarkan di bawah peraturan 4 jika syarikat berhad menurut jaminan itu tidak mematuhi mana-mana syarat yang ditetapkan di bawah peraturan 5 atau yang dikenakan oleh Menteri.

(2)

Sebelum pembatalan lesen itu, suatu notis secara bertulis hendaklah dikeluarkan kepada syarikat berhad menurut jaminan itu—

(a)

yang menyatakan alasan dan tarikh lesen itu dibatalkan; dan

P.U. (A) 213 5

(b)

yang menghendaki syarikat berhad menurut jaminan itu menjelaskan ketidakpatuhan dalam tempoh tertentu.

(3)

Melainkan jika Menteri menentukan sebaliknya setelah menerima penjelasan syarikat berhad menurut jaminan itu, pembatalan hendaklah berkuat kuasa pada tarikh yang dinyatakan dalam notis itu dan perkataan “Berhad” atau “Bhd.”

hendaklah dimasukkan di hujung nama syarikat berhad menurut jaminan itu.

(4)

Suatu syarikat berhad menurut jaminan yang lesennya dibatalkan tidak layak untuk memohon semula suatu lesen di bawah seksyen 45 dalam tempoh dua puluh empat bulan selepas pembatalan lesennya itu.

Kecualian dan peralihan

Section 6 — PERATURAN-PERATURAN SYARIKAT (LESEN BAGI PENINGGALAN “BERHAD” ATAU “BHD.”) 2025