Malaysia legislation
Section 7
of PERATURAN-PERATURAN SYARIKAT (PERAKUAN AMALAN BAGI SETIAUSAHA) 2019
Seksyen 7
(1)
Mana-mana orang yang terkilan dengan keputusan Pendaftar berhubung dengan permohonan, pembaharuan dan pembatalan perakuan amalan boleh merayu kepada Menteri.
(2)
Rayuan hendaklah dibuat secara bertulis kepada Menteri dalam masa tiga puluh hari dari tarikh penerimaan pemberitahuan secara bertulis yang disebut masing-masing dalam subperaturan 3(3), 4(3) dan 6(2).
(3)
Menteri boleh mengesahkan, mengubah atau mengetepikan keputusan
Pendaftar atau membuat apa-apa keputusan yang difikirkan patut oleh Menteri.
(4)
Rayuan itu hendaklah disertakan dengan fi sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual.
Penyerahan perakuan amalan